SEJAK berabad-abad yang lalu orang Islam telah menggunakan pertimbangan mereka sendiri dan panduan logikal dalam menentukan sama ada sesuatu makanan itu halal atau tidak untuk dimakan.
Bagaimanapun, sejak 1970-an hingga 1980-an, banyak negara mula menubuhkan badan-badan berkuasa untuk memantau dan menguatkuasakan peraturan halal bagi makanan, lantas wujud sistem pensijilan halal untuk memberitahu pengguna mengenali kehalalan sesuatu produk makanan.