Siswazah kejuruteraan mekanikal pilih bidang analitik data

IBU bapa Encik Danial Firdaus agak terperanjat apabila beliau enggan menceburi bidang kejuruteraan selepas meraih ijazah Sarjana Muda bidang kejuruteraan mekanikal. Sebaliknya, lulusan Universiti Nasional Singapura (NUS) itu memilih kerjaya bidang baru, analitik data, sebagai kerjaya pertamanya. Bidang analitik data masih dalam tahap permulaan di Singapura tetapi ia dijangka tumbuh dengan pesat seiring dengan langkah Singapura menuju ke arah sebuah Negara Bijak. Berdasarkan maklumat Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), sektor analitik data dijangka menambah $1 bilion daripada segi nilai kepada ekonomi Singapura menjelang tahun depan. "Oleh sebab saya lulus dengan ijazah kejuruteraan mekanikal, tentu ibu bapa saya inginkan saya jadi jurutera. Tetapi, saya yakinkan mereka bahawa sektor analitik data ini masih baru dan peluang perkembangannya luas," kata Encik Danial, 26 tahun, yang bekerja sebagai seorang penganalisis data di firma Sparkline.

Laporan lanjut NORHAIZA HASHIM:

Langgani BeritaHarian.sg untuk menikmati laporan ini. Sila DAFTAR untuk teruskan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 58
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730