MEMBENARKAN kakitangan bekerja dari rumah jika jerebu semakin buruk ialah pelan tindakan yang sedia dilaksanakan firma huraian sofwe pengisytiharan kastam, Tradenet Services Pte Ltd, bagi memastikan perniagaan berjalan lancar.
Ini antara contoh bagaimana syarikat kecil dan sederhana (SME) dapat mempersiapkan diri sekiranya berlaku gangguan dan risiko tidak diingini sebagai sebahagian daripada pengurusan kesinambungan perniagaan (BCM).