Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

SME punyai kelebihan teroka peluang niaga di Qatar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SME punyai kelebihan teroka peluang niaga di Qatar

SME
Jul 11, 2016 | 05:30 AM



SYARIKAT kecil dan sederhana (SME) Melayu/Islam mempunyai kelebihan tersendiri meneroka peluang perniagaan di Qatar.



Ini apatah lagi negara itu diperhatikan berpotensi menjadi hab halal di rantau tersebut, kata Pengarah Pusat di pejabat International Enterprise (IE) Singapore di Qatar, Encik Nur Iman Aris.



Menurutnya, syarikat Melayu setempat boleh meraih manfaat daripada persamaan budaya dengan masyarakat di Qatar.



"Sedang Qatar kelihatan semakin berpotensi menjadi hab halal di rantau ini, walaupun dengan persaingan dari Dubai, ini akan membuka peluang perniagaan dalam bidang seperti runding cara dan nasihat halal kepada bank dan syarikat swasta, makanan dan minuman halal serta pembiayaan berlandaskan syariah.



"SME Melayu dalam sektor makanan pula khususnya boleh meraih banyak manfaat daripada pengiktirafan bersama pensijilan halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) untuk mengeksport produk mereka ke Timur Tengah," ujar Encik Nur Iman.



Beliau menyarankan SME Melayu yang mahu menembusi pasaran itu agar mencari rakan kerjasama setempat yang dapat saling melengkapi perniagaan mereka.



"Syarikat juga boleh memanfaatkan rangkaian perniagaan IE bagi meraih peluang perniagaan yang ada dalam pasaran ini," katanya.



Encik Nur Iman turut mendedahkan telah bekerjasama dengan beberapa SME Melayu. Antaranya Daya Solutions, firma rekaan dalaman dan binaan yang diasaskan Encik Hamdan Kasimi.



"Ini isyarat yang menggalakkan dan kami berharap dapat bekerjasama dengan lebih banyak syarikat Melayu," katanya.



Bagi peniaga yang mahu ke Qatar, Encik Nur Iman menyifatkan rakan kerjasama setempat yang dipercayai sebagai sangat genting untuk berjaya, khususnya mereka yang mahu menubuhkan perniagaan atau pejabat di Qatar.



"Syarikat asing yang mahu tubuhkan entiti perlukan penaja setempat yang boleh menguasai 51 peratus dalam firma itu dan perlu wakil setempat bagi fungsi pentadbiran seperti pembukaan akaun bank," katanya.



Menurutnya, masyarakat Qatar sangat rapat dan sebarang berita kejayaan atau kegagalan tersebar dengan pantas - satu kelebihan bagi peniaga Singapura yang mencatat rekod baik di Qatar atau Timur Tengah.



"Perniagaan di Qatar yang tanpa tender awam dianggap sebagai lanjutan kepada hubungan peribadi.



"Justeru, SME harus melabur demi menjalin rangkaian dan mencari rakan kerjasama yang dapat memasarkan produk dan khidmat dengan berkesan," katanya.



Encik Nur Iman juga mengingatkan peniaga agar jangan terlalu serius tentang hasil pertemuan kali pertama kerana "syarikat Qatar lebih fokus kepada membina hubungan perniagaan jadi lazimnya dalam mesyuarat awal, mereka tidak akan bincang tentang perniagaan".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >