FIRMA media Singapore Press Holdings (SPH) telah melabur dalam aplikasi maklumat pengguna dan pulangan tunai yang berpangkalan di Indonesia, Snapcart.
Ini merupakan pelaburannya yang pertama bagi Dana Media SPH dalam tahun baru ini dan sebahagian daripada pusingan pembiayaan dana 'Pra Siri A' bernilai AS$1.68 juta ($2.39 juta).