SINGAPORE Press Holdings Ltd (SPH) mengumumkan pelancaran G Suite Google, platform bersepadu e-mel dan komunikasi yang dilaksanakan di seluruh syarikat tersebut semalam.
Dalam apa yang digelar sebagai suatu "transformasi digital" itu, kakitangan SPH diharap dapat memanfaatkan G Suite untuk menjadi lebih produktif dan inovatif, sekali gus merancakkan dan memudahkan lagi kerjasama di seluruh SPH.