SINGAPURA berpotensi menjadi pasaran global bagi batu permata, kata pelombong batu permata dari London, Gemfields, yang mengadakan lelong delima pertamanya di sini pada 12 hingga 17 Jun lalu.
Syarikat tersebut menjual 1.82 juta karat daripada 2.03 juta karat yang ditawarkan di lelong itu dan meraih jualan sebanyak AS$33.5 juta ($41.9 juta) atau secara purata AS$18.43 bagi setiap karat.