SINGAPURA dan Amerika Syarikat menyambut ulang tahun ke-10 Perjanjian Dagangan Bebas antara mereka (USSFTA) kelmarin di Washington yang turut dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Encik Lee berkata FTA itu telah meningkatkan dagangan dua hala dan menjadikan Singapura negara Asia Pasifik yang menarik pelaburan terbesar dari Amerika sehingga 2012.