SINGAPURA akan terus menyokong pertumbuhan industri tenaga dan bahan kimia dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai pemain utama di rantau ini di tengah-tengah cabaran baru, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong (gambar), semalam.
Pemerintah akan memperbaiki kemudahan dan prasarana di Pulau Jurong, meningkatkan kemahiran tenaga kerja di negara ini dan mengamalkan strategi baru bagi menangani perubahan iklim.