LESEN pelancongan Pacific Air Travel Pte Ltd (Pacific Air) telah dibatalkan, umum Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Rabu (5 Okt).
Lesen agensi pelancongan itu tidak sah sejak 20 September.
Menurut STB, Pacific Air, yang alamat berdaftar perniagaannya di tingkat tiga Jalan Besar Plaza, telah berhenti menjalankan perniagaan sebagai ejen pelancongan.
Ia gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan untuk STB mengesahkan pematuhan keperluan kewangan minimum yang dimandatkan di bawah Peraturan Agensi Pelancongan.
Orang ramai boleh memeriksa senarai terkini ejen pelancongan berlesen melalui laman web Sistem Pengguna Berkaitan Pelancongan.