STI lebihi paras 3,000 mata buat kali pertama dalam lebih setahun

INDEKS Straits Times (STI) tutup melebihi paras 3,000 mata buat kali pertama dalam lebih setahun pada Selasa (10 Jan), dengan pasaran Singapura menunjukkan prestasi terbaik setakat ini tahun ini.

Penanda aras tempatan itu meningkat 24.48 mata, atau 0.82 peratus, untuk ditutup pada 3,006.02 pada Selasa.

Ekuiti Singapura, seperti banyak yang lain di seluruh dunia, melonjak sejak pemilihan mengejut Encik Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat.

Saham Singapura memulakan tahun ini dengan nada yakin, dengan tanda-tanda kelembapan ekonomi mungkin telah sampai ke paras paling rendah.

Anggaran pertumbuhan ekonomi meningkat 9.1 peratus dari segi suku ke suku pada suku keempat tahun lalu (2016), sedangkan ia merosot 1.9 peratus pada suku ketiga.

Saham Singapura mengatasi semua negara lain di Asia dalam tempoh tujuh hari perdagangan pertama tahun ini, dengan keuntungan 4.35 peratus.

Hong Kong di tempat kedua, dengan keuntungan 3.38 peratus, dan Thailand ketiga, dengan 1.89 peratus.

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:49
Zuhur
12:52
Asar
4:15
Maghrib
6:53
Isyak
8:06
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.