ANAK syarikat Consistel, OMGtel, hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa ia akan bersaing untuk menjadi syarikat telekomunikasi keempat Singapura.
Syarikat tersebut telah melantik mantan presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) Lenovo, Encik Bill Amelio, sebagai CEO baru, lapor akhbar The Business Times.
OMGtel juga telah melantik OCBC Bank sebagai penasihat kewangannya.
Encik Masoud Bassiri, pengerusi Consistel, berkata ia telah pun mendapat komitmen dana sekitar $400 juta daripada $1 bilion yang ingin ia kumpul sebelum telko rasmi keempat diumumkan pada suku ketiga tahun ini.