Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Sumber: GIC beli bangunan Time Warner

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sumber: GIC beli bangunan Time Warner

Jan 15, 2014 | 03:47 PM



PERBADANAN Pelaburan Pemerintah Singapura (GIC) dan Penguasa Pelaburan Abu Dhabi dikatakan akan melabur bersama dalam bangunan yang menempatkan ibu pejabat syarikat media, Time Warner Inc (TWX), di New York City, menurut sumber Bloomberg.


Syarikat pemaju hartanah Time Warner, Related Cos, yang berpusat di New York sedang dalam rundingan terakhir untuk membeli ruang pejabat syarikat media itu pada harga AS$1.3 bilion ($1.6523 bilion) dan menyertakan GIC dalam urus niaga itu.


Terletak di Columbus Circle di Manhattan, hartanah itu termasuk pejabat, restoran dan Hotel Mandarin Oriental. Ia dibuka pada 2004 dan telah menarik lebih 16 juta pelawat setahun.


"Dana harta pemerintah mempunyai banyak wang. Usaha sama itu amat baik daripada ,ereka bersaing dengan satu sama lain. Ia merupakan satu realiti yang praktikal memandangkan jumlah pelaburan itu terlalu besar,'' ujar Pakar Ekonomi CIMB Group di Singapura, Encik Song Seng Wun.


The Wall Street Journal melaporkan kelmarin bahawa dana GIC dan Abu Dhabi itu akan membiayai lebih 80 peratus daripada jumlah pembelian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >