MENTERI Kewangan Heng Swee Keat berada di Washington DC, Amerika Syarikat, hingga esok bagi menghadiri mesyuarat terakhir Menteri Kewangan Kumpulan Kumpulan 20 (G20) dan Gabenor Bank Pusat (FMCBG) di bawah kepimpinan Jerman selaku presiden kumpulan G20.
Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan semalam, dalam rangka lawatan tiga hari itu, Encik Heng dijadual menghadiri mesyuarat tahunan Kumpulan Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa.