Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Syarikat bantu padankan pelabur dengan peluang pelaburan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat bantu padankan pelabur dengan peluang pelaburan

FADILAH A.MAJID
Feb 11, 2014 | 10:38 PM



EMPAT usahawan muda berpengalaman telah bergabung kepakaran mereka bagi menubuhkan syarikat Ethis Pte Ltd, bagi memadankan pelabur dengan peluang pelaburan dalam syarikat dan hartanah dalam dan di luar negara.


Menerusi Kelab Rangkaian Pelabur Ethis yang dibentuk di bawah syarikat itu, mereka akan membantu para pelabur kecil untuk memilih peluang pelaburan dalam syarikat dan hartanah yang berpotensi dan menawarkan pulangan yang baik.


Mendedahkan pembentukan syarikat itu kepada Ekoniaga baru-baru ini, Ketua Hubungan Pelabur Kelab Ethis, Encik Umar Munshi berkata, sepanjang beberapa tahun lalu, ramai kawan-kawan mereka sendiri dan keluarga menjadi mangsa kepada skim penipuan dan skim cepat kaya yang mendatangkan kerugian besar kepada masyarakat Melayu.


"Kami berhasrat untuk menghapuskan daya tarikan terhadap skim-skim cepat kaya ini dengan menyediakan peluang pelaburan sebenar dan boleh diakses oeh anggota Kelab Ethis.


"Peluang-peluang perniagaan itu akan menjalani proses pemilihan yang tegar bagi memastikan ia benar-benar mempunyai potensi dan kedudukan kewangannya stabil, beretika dan berlandaskan syariah dan mematuhi undang-undang, '' ujar beliau, yang juga rakan kongsi di Amanah Asset Management Pte Ltd, dan berpengalaman berniaga di Indonesia selama 5 tahun sebelum ini.


Laporan lanjut di Ekoniaga esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >