SYARIKAT yang membeli, menjual atau menyelaraskan pertukaran mata wang maya seperti bitcoin kepada wang sebenar tidak lama lagi akan dikawal Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Undang-undang baru itu, yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh setahun mendatang, bertujuan menangani risiko berlakunya aliran masuk wang yang dilarang dan pembiayaan bagi pengganasan (MLTF) di negara ini.