Syarikat Melayu antara yang terbaik

NORHAIZA HASHIM

NAMA-NAMA syarikat yang dikenali masyarakat Melayu/Islam seperti Second Chance Properties Ltd (SCP), PropNex dan SSA Consulting Group kekal sebagai antara syarikat terbaik di Singapura.

Seperti tahun lalu, mereka kekal dalam senarai berprestij Singapore 1000 (S1000) dan Syarikat Kecil dan Sederhana 1000 (SME1000) yang dipilih berdasarkan prestasi kewangan mereka oleh DP Information Group.

Senarai itu dibentangkan dalam buku Singapore 1000 & SME 1000 edisi 2014 yang dikeluarkan kelmarin.

Tahun ini, syarikat, MES & JPD Housing, yang dimiliki Encik Mohamed Abdul Jaleel Shaik Mohamed, turut disenaraikan.

Syarikat itu pernah disenaraikan pada 2011.

Syarikat-syarikat tersebut dinilai berdasarkan pulangan kewangan yang diaudit bagi tempoh 1 Jun 2012 hingga 31 Mei 2012.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.