Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines harungi detik sukar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines harungi detik sukar

Mar 02, 2016 | 01:08 PM



SEPANG: Tempoh peralihan operasi daripada Malaysian Airline System Bhd (MAS) kepada syarikat yang baharu ditubuhkan, Malaysia Airlines Bhd (MAB) adalah tempoh sukar buat bekas pekerja MAS.



Langkah menstruktur semula syarikat penerbangan itu yang berhadapan masalah kewangan yang tenat serta ditimpa tragedi malang berganda pada 2014, meletakkan 20,000 pekerja MAS dalam ketidaktentuan bagi membuat keputusan mengenai masa depan mereka.



Menunggu tarikh keramat 1 Jun 2015, yang menjadi penentu sama ada mereka terus berkhidmat dengan syarikat penerbangan nasional itu atau sebaliknya, adalah satu penantian yang amat `menyeksakan' buat semua warga kerja yang terbabit.



Bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Encik Christoph Mueller, beliau menyifatkan tempoh itu adalah tempoh paling sukar untuk semua pihak, namun pujian harus diberikan kepada pasukan yang menguruskan situasi itu dengan baik dan penuh perikemanusiaan.



Katanya, tidak dapat dibayangkan perasaan mereka yang sudah berkhidmat begitu lama dengan syarikat dan terpaksa menghadapi situasi yang mana tidak ada seorang pun yang boleh mengetahui secara tepat siapa yang akan terus kekal atau terpaksa meninggalkan syarikat.



Keadaan tidak menentu itu berlarutan hampir setahun sejak pengumuman pelan penstrukturan semula MAS pada Ogos 2014 yang menyaksikan pemberhentian 6,000 pekerja.



"Bila diimbas kembali, adalah menyedihkan pada 2014, bahawa 6,000 pekerja akan hilang pekerjaan. Tidak ada seorang pun yang tahu siapa yang akan diberhentikan kerja. Jadi, 20,000 pekerja berada dalam ketidaktentuan, bukannya 6,000 orang.



"Sudah pasti, dalam tempoh itu adalah masa yang sukar bagi pekerja untuk membuat perkara penting dalam hidup mereka seperti berkahwin, membeli atau membina rumah, malah perkara kecil pun tidak boleh dilakukan kerana ketidaktentuan sangat tinggi," katanya dalam temubual bersama akhbar Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd di Sepang, Selangor, minggu lalu dan disiarkan Berita Harian Malaysia, hari ini.



Encik Mueller yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan berkata, pihaknya amat berbangga kepada pekerja kerana mereka berjaya menguruskan ketidaktentuan dengan cara yang mengagumkan.



Hakikatnya, beliau berkata, bukan semua pekerja akan diambil bekerja semula, namun ia adalah realiti yang perlu dihadapi setiap warga kerja syarikat penerbangan nasional itu.



"Saya percaya, pada hari bila anda menerima surat yang menunjukkan dengan jelas sama ada 'Ya' atau 'Tidak', ia adalah sangat sukar bagi mereka yang akhirnya mengetahui ia adalah Tidak. Kami masih berada dalam situasi itu, secara jelasnya dalam skala yang lebih kecil hari ini, yang mana kami mempunyai ramai pekerja sementara.



"Sesetengah daripada mereka boleh dilanjutkan, pada dasarnya, kami kini cuba berurusan berasaskan individu," katanya.



Encik Mueller juga mengakui pihaknya melakukan kesilapan dalam proses pemilihan dengan melantik semula individu yang tidak sepatutnya dilantik, namun jumlahnya adalah sedikit.



"Kami perlu bersikap terbuka kepada pekerja kami dan mengakui kesilapan yang dibuat dengan menyatakan kami membiarkan orang yang tidak sepatutnya pergi atau mengambil semula pekerja yang tidak sepatutnya.



"Nasib baik, ia tidak membabitkan jumlah yang besar tetapi ia berlaku. Namun begitu, kami perlu mengendalikannya secara terbuka," katanya sambil menambah MAB kini selesa dengan jumlah 14,000 pekerja dan tidak bercadang untuk mengurangkannya lagi. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >