SYARIKAT penerbangan, Malaysia Airlines (MAS), dijangka memberhentikan 15-20 peratus daripada pekerjanya bagi mengurangkan kos sebagai sebahagian daripada usaha penyusunan semula demi memulihkan syarikat itu yang menanggung kerugian dan berhadapan dengan dua tragedi melibatkan pesawatnya.
Akhbar The Business Times (BT) difahamkan syarikat itu, yang dimiliki pemegang saham utama Khazanah Nasional, sedang membuat keputusan sukar mengenai kakitangan mana yang harus dikekalkan atau tidak.