DARIPADA sebuah perniagaan perabot setempat yang berpejabat kecil menjadi jenama perabot kayu jati yang bermutu tinggi dan dikenali sehingga di pasaran antarabangsa.
Perjalanan Scanteak yang diasaskan Encik Lim Pok Chin khususnya semasa ketidaktentuan ekonomi Singapura sekitar tahun '70-an memang sukar dihayati warga muda seperti penuntut Institut Teknologi Singapura (SIT), Encik Muhamad Fariz Junaidi.