Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

'Tiada perubahan besar, pelanggan masih terus berbelanja'

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

KESAN BREXIT TERHADAP PERNIAGAAN EMAS

'Tiada perubahan besar, pelanggan masih terus berbelanja'

Jun 29, 2016 | 05:30 AM



HARGA emas yang naik akibat keputusan pungutan suara Britain yang memilih keluar (Brexit) Kesatuan Eropah (EU) tidak memberi banyak kesan kepada pasaran emas di kalangan masyarakat Melayu.



Pengamatan itu dibuat oleh Pengarah Golden Chance, Encik Hasan Marican, yang mempunyai kedai emas di Tanjong Katong Complex.



Menurut Encik Hasan, sebelum Brexit, harga runcit emas pada masa itu antara $61 dan $62 bagi satu gram.



Ketika hari Brexit diumumkan, harga meningkat kepada $63.50 satu gram - kenaikan 3 peratus, ujar Encik Hasan.



"Sebagai peruncit, saya melihat tidak ada kenaikan jualan atau penurunan yang banyak akibat Brexit ini.



"Pelanggan kami tidak menunjukkan reaksi atau perubahan besar akibat harga ini. Mungkin ada yang merasakan ia tiada kaitan dengan Brexit.



"Orang Melayu jika merasakan mereka ingin berbelanja, mereka akan berbelanja," tambah Encik Hasan.



Berbanding dengan harga emas semasa musim Hari Raya tahun lalu, harganya pada $58 segram.



Malah harga ini kekal agak stabil dari Januari lalu hingga semalam ia melonjak kepada $63.50.



"Saya berani katakan harga emas hari ini agak munasabah berbanding harga tertinggi yang pernah dicatatkan pada 2011 iaitu $83 segram,'' ujar Encik Hasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >