Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Tiada SME Melayu sertai inisiatif kecemerlangan niaga Spring

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tiada SME Melayu sertai inisiatif kecemerlangan niaga Spring

ATIYYAH MOHD SAID
Mar 27, 2014 | 06:36 PM



TAHAP penyertaan syarikat kecil dan sederhana (SME) Melayu/Islam dalam inisiatif Kecemerlangan Perniagaan (BE) kendalian Spring Singapore masih sangat rendah ekoran kekurangan kesedaran.


Lantaran itu, Spring merancang untuk bekerja lebih rapat dengan pertubuhan seperti Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) untuk mendekati lebih banyak SME Melayu setempat, kata Penolong Ketua Eksekutif Spring Singapore, Cik Choy Sauw Kok.


Beliau berkata demikian menyusuli pelancaran panduan SME untuk memudahkan mereka menyertai inisiatif BE di Sidang Perkongsian Pemenang BE di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands semalam.


Hanya sebuah pertubuhan Melayu/Islam sahaja yang menerima pentauliahan BE, iaitu Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) manakala tiada SME Melayu/Islam pula yang melaksanakan rangka kerja BE sejauh ini.


Sejauh ini, inisiatif itu telah memberikan pentauliahan BE seperti Singapore Quality Class dan People Developer, kepada 1,000 firma, yang menunjukkan prestasi baik berdasarkan piawaian BE.


Sejak lima tahun lalu pula, 700 SME telah melaksanakan rangka kerja BE dalam syarikat mereka.


Inisiatif BE dilancarkan pada 1994 untuk membantu firma-firma menangani cabaran pasaran buruh ketat dan membaiki tahap produktviti mereka dengan menyediakan satu rangka kerja yang boleh dilaksanakan oleh firma-firma serta memberi pentauliahan kepada firma yang dinilai dan menepati piawaian ditetapkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >