PRESIDEN Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, menggariskan tiga teras strategik bagi membawa dewan dan anggotanya ke tahap lebih tinggi.
Berucap dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-61 DPPMS semalam, beliau berkata ia bukan satu perubahan hala tuju tetapi satu peluang meningkatkan kesan dewan itu dalam sistem eko perniagaan tempatan.