SEBANYAK 35 peratus warga Singapura perlu menurunkan taraf kehidupan mereka jika mereka menghadapi penyakit kritikal pada masa depan.
Membimbangkan lagi, 30 peratus warga sini tidak memiliki perlindungan insurans bagi penyakit kritikal dan jika pun mereka mempunyai perlindungan itu, sebanyak 46 peratus membelinya lebih 10 tahun lalu, menurut tinjauan AIA Health Matters.