Tokoh Islam tolak sistem dinar

SEORANG tokoh di sebalik usaha memperkenal sistem dinar emas dan dirham perak Islam, Shaykh Dr Abdalqadir As-Sufi, sekarang telah menolak sistem tersebut.

Malah, Shaykh Dr Abdalqadir mengisytihar dalam satu artikel tulisan beliau dalam laman Internetnya: "... saya sekarang memisahkana diri saya daripada semua kegiatan melibatkan dinar emas dan dirham perak Islam."

Beliau berkata demikian dalam artikel bahasa Inggeri bertajuk 'The Islamic Dinar - A Way-Stage Passed' (Dinar Islam - Berlalu Tahap Ini Jalannya) yang disiarkan di lamannya Februari lalu.

Shaykh Dr Abdalqadir menolak sistem dinar emas dan dirham perak yang mula dilaksana di Kelantan dan kemudian di beberapa negara lain, termasuk Indonesia dan negara Eropah, kerana menurut beliau dinar emas dan dirham perak gagal menjadi instrument zakat.

Bagi beliau, sistem zakat bergantung pada lima perkara asas: kewujudan seorang amir yang dilantik; pelantikan pemungut zakat oleh amir tersebut; wang zakat dikira dan dipungut; pengumpulan zakat di Baitulmal; dan pengagihan segera zakat kepada penerima berhak.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 32
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.