PENJUALAN merosot di Kuala Lumpur ekoran kejatuhan nilai mata wang ringgit dan perubahan sikap pengguna sejak dua tahun lalu 'memaksa' pemilik bersama sebuah syarikat kosmetik mengubah model perniagaannya - daripada peruncit kepada pemborong.
Bagi mengembangkan perniagaan dan merealisasikan potensinya, Cik Nurzuryana Mohd Zainoi yang berniaga di sana sejak 2009 juga akan meneroka semula Thailand dan pasaran baru, Filipina.