Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25

Untung bersih Keppel bagi Q3 jatuh 38%, 3,080 pekerja dibuang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Untung bersih Keppel bagi Q3 jatuh 38%, 3,080 pekerja dibuang

Oct 21, 2016 | 03:14 PM



KEMEROSOTAN berterusan sektor tenaga menyebabkan pendapatan suku ketiga Keppel Corp jatuh 38.1 peratus, dan pihak pengurusan kanan menerima pemotongan gaji.



Ketua eksekutif Loh Chin Hua memberitahu satu taklimat media pada Khamis (20 Okt) pemotongan gaji secara sukarela adalah "paparan perpaduan" oleh pihak pengurusan kanan.



Encik Loh berkata pegawai Keppel Offshore & Marine (Keppel O&M) dan para pegawai paling kanan dalam kumpulan itu kemungkinan besar paling banyak terjejas, tetapi beliau tidak mendedahkan jumlah pemotongan gaji itu.



Di samping itu, bayaran pengarah lebih rendah bagi 2016 akan dicadangkan pada mesyuarat agung tahunan tahun depan.



Pada suku berakhir 30 Sept, 3,080 pekerja - 660 di sini dan 2,420 di limbungan luar negara Keppel O&M telah dibuang kerja. Ini membuat jumlah yang dibuang kerja dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini kira-kira 8,000 orang, atau 26 peratus tenaga kerja Keppel O&M, dan ramai lagi dijangka diberhentikan.



Encik Loh berkata syarikat itu akan lebih menimbangkan langkah "menamatkan kontrak awal dan pemberhentian kerja terpilih di Singapura" selaras dengan pengurangan jumlah kerja, di samping memastikan ia mengekalkan keupayaan terasnya.



Syarikat pelantar minyak Brazil, Sete Brasil, yang sedang menghadapi tindakan muflis, menjadi punca utama keadaan itu kerana ia tidak dapat membayar Keppel bagi kerja-kerja yang dijalankan di pelantar.



Ketua eksekutif Keppel O&M, Encik Chow Yew Yuen, berkata dalam sidang taklimat itu syarikat tersebut tidak menerima permintaan baru untuk penangguhan atau membatalkan kontrak pada suku ketiga, walaupun ia sedang menimbangkan menutup beberapa limbungan yang mempunyai jumlah kerja yang rendah.



Keuntungan bersih Keppel Corp bagi tempoh tiga bulan hingga 30 Sept berjumlah $224.5 juta, jatuh daripada $362.9 juta pada tempoh sama tahun lalu.



Jumlah pendapatan kumpulan itu merosot 40.2 peratus kepada $1.46 bilion - kebanyakannya disebabkan jumlah kerja yang lebih rendah di bahagian luar pesisir dan marin, penangguhan beberapa projek dan penggantungan kontrak Sete Brasil.



Pendapatan daripada segmen hartanah meningkat terima kasih kepada jualan lebih tinggi di Singapura, walaupun ia diimbangi oleh pendapatan lebih rendah di China.



Pendapatan daripada bahagian infrastruktur jatuh disebabkan kejatuhan harga dan jumlah dalam perniagaan tenaga elektrik dan gas.



Encik Loh berkata Keppel kekal berdaya tahan walaupun dalam persekitaran mencabar hasil strateginya mempunyai pelbagai perniagaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >