Untung SingTel naik 6 peratus kepada $872 juta

SYARIKAT Singapore Telecommunications Ltd (SingTel) mencatatkan kenaikan 6 peratus dalam keuntungannya bagi suku ketiga tahun ini kepada $872 juta.

Ini didorong oleh prestasi lebih baik syarikat-syarikat bersekutu serantaunya, yang mengatasi kesan negatif daripada ketidaktentuan dalam pasaran mata wang asing.

Malah, prestasi ini adalah lebih baik daripada ramalan pengamat sebanyak AS$857 juta.

Pendapatan SingTel sebelum cukai tidak banyak berubah mencapai $1.26 bilion dalam suku ketiga itu.

Pendapatan operasi syarikat merosot 7.3 peratus kepada $4.26 bilion , terjejas oleh kemerosotan besar dalam dolar Australia, kata syarikat itu semalam.

Perkongsian keuntungan sebelum cukai syarikat-syarikat bersekutu SingTel meningkat 11 peratus , sebahagian besar ekoran pertumbuhan mantap dalam keuntungannya daripada Bharti AirTel Ltd, pengendali telefon bimbit utama Bharti Airtel Ltd, di India , yang mana SingTel mempunyai taruhan 32 peratus.

Jumlah pelanggan telefon bimbit SingTel meningkat 3 peratus dalam suku ketiga kepada 501 juta, kata SingTel lagi.

Pasaran perniagaan utama luar negara SingTel adalah Australia, India dan Indonesia.

Dolar Australia , rupiah Indonesia dan rupee India telah merosot masing-masing 9 peratus, 18 peratus dan 12 peratus berbanding dengan dolar Singapura dalam suku tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 54
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.