CABANG wanita Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Usahawan Dinamik Wanita Antarabangsa (Dewi), giat membimbing wanita dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, termasuk peniaga di rumah.
Dewi ditubuhkan pada 2009 dengan tujuan memperkasa wanita menjadi berdikari dari segi kewangan, buat diri sendiri dan keluarga.