RANCANGAN menggabungkan CIMB Holdings, RHB Capital dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) bagi mewujudkan bank Islam terbesar di dunia bernilai AS$20 bilion ($26.8 bilion) tidak akan terlaksana, menurut sumber Reuters.
Gabungan tiga syarikat itu sepatutnya menjana aset perbankan keseluruhan sebanyak AS$190 bilion, menjadikannya bank terbesar di Malaysia menyaingi Maybank.