Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Warga S'pura berpusu-pusu beli rumah di Johor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Warga S'pura berpusu-pusu beli rumah di Johor

NORHAIZA HASHIM
May 16, 2014 | 07:46 PM



BERMULA bulan ini, pembeli asing hanya dibenarkan membeli rumah berharga melebihi RM1 juta ($387,000) di Johor.


Para pembeli asing juga dikenakan levi 2 peratus daripada harga rumah privet atau RM20,000, bergantung mana yang lebih tinggi.


Disebabkan syarat-syarat baru itu, para pembeli Singapura, termasuk pembeli Melayu, telah berpusu-pusu membeli rumah sebelum ia dilaksanakan.


Berita Harian (BH) difahamkan oleh beberapa pemaju dan syarikat pemasar hartanah bahawa tempoh pelaksanaan levi itu telah dilanjutkan sehingga Selasa ini.


Kadar baru itu adalah berganda dari kadar RM10,000 dikenakan terhadap pelabur asing sebelum ini.


Syarikat pemaju hartanah Malaysia, SP Setia Bhd Group, berkata penjualan meningkat 25 peratus sejak awal tahun ini di kalangan pembeli Singapura.


"Sejak kerajaan Johor mengumumkan langkah meredakan pasaran hartanah di Johor Oktober lalu, kami melihat penjualan unit rumah meningkat 25 peratus sejak awal tahun ini di kalangan pembeli Singapura kerana pembeli tidak mahu membayar levi dan ingin membeli rumah di bawah RM1 juta,'' kata Ketua Pejabat Perwakilan SP Setia International (S) Pte Ltd di Singapura, Encik Neo Keng Hoe, ketika dihubungi semalam.


Antara projek-projek perumahan yang popular di kalangan warga Singapura ialah Sky 88, Setia Eco Gardens dan Setia Tropika.


ERA Realty yang memasarkan Puteri Cove Residence di Puteri Harbour, Johor Baru, turut melihat minat yang tinggi di kalangan warga Singapura apabila ia melancarkan projek itu di Singapura pada 5 April lalu.


Dalam sehari, ERA menjual sekitar 300 unit, menunjukkan minat warga setempat untuk membeli hartanah itu sebelum undang-undang baru bagi pelabur asing dikenakan.


Pengarah Projek Cityhomes, Encik Hazri Rahmat, berkata melihat minat yang meningkat di kalangan warga setempat bagi projek yang dipasarkannya di M Condominium@Larkin.


Cityhomes telah membawa rombongan seramai 40 bakal pelanggan untuk melihat bilik pameran kondominium itu dua minggu lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >