SEJAK hidup di Norway tujuh tahun lalu, Cik Suriati Supani lebih mendekati alam semula jadi sejajar dengan satu falsafah orang Norway dipanggil 'Friluftsliv'.
Perkataan dalam bahasa Norway itu bermaksud seseorang yang kembali ke alam semula jadi bak kembali ke rumah, membolehkan seseorang menikmati ketenangan dan menghakis tekanan dunia moden.