Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

WDA: Daya hasil pelatih WSQ terjejas oleh ekonomi lemah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

WDA: Daya hasil pelatih WSQ terjejas oleh ekonomi lemah

Jul 21, 2016 | 05:30 AM



KELEMAHAN ekonomi menjejas bilangan syarikat yang melihat daya penghasilan mereka meningkat setelah kakitangan mereka menjalani latihan di bawah rangka kerja latihan kebangsaan, Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ), menurut Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA).



Satu tinjauan yang dijalankan oleh agensi itu mendapati bahawa 54.6 peratus syarikat melihat kesan positif terhadap daya penghasilan kerja selepas kakitangan mereka menghadiri latihan WSQ.



Ini merupakan satu kemerosotan berbanding 76.2 peratus pada tahun sebelumnya.



Namun, sebahagian besar atau lebih 97 peratus syarikat di Singapura akan terus menghantar kakitangan mereka bagi menjalani pelbagai kursus WSQ. Ia merupakan satu kenaikan 1.7 peratusan mata berbanding dengan tahun sebelumnya.



Dapatan Tinjauan Penilaian Hasil tahunan dijalankan WDA dari September 2015 hingga Januari lalu.



Ia melibatkan tinjauan ke atas sejumlah 1,566 syarikat dan sekitar 6,100 pelatih serta 25 rangka kerja WSQ.



Dapatan lain menunjukkan bahawa sebanyak 30.5 peratus syarikat melihat kesan positif terhadap prestasi penjualan dan keuntungan mereka tahun lalu - satu perangkaan lebih rendah berbanding 48.3 peratus pada 2014.



"Ini mungkin disebabkan oleh kelemahan keadaan ekonomi,'' ujar kenyatan WDA.



Sebanyak 91 peratus syarikat berkata latihan WSQ mempunyai kesan positif terhadap penggunaan kemahiran pekerja dan membantu mereka bekerja dengan lebih berkesan. Peratusan itu rendah sedikit berbanding tahun sebelumnya.



Sementara itu, sebahagian besar pekerja mendapati latihan WSQ amat berguna, dengan 88.2 peratus pelatih berkata mereka berminat mengambil latihan WSQ yang lain. Perangkaan itu lebih rendah berbanding dengan 90.8 peratus pada tahun sebelumnya.



Namun, hanya 8 peratus pekerja dapat naik pangkat atau menaiki tangga kerjaya selepas menjalani latihan WSQ - lebih rendah berbanding dengan 12 peratus pada tahun sebelumnya.



Sebanyak 11 peratus melaporkan kenaikan gaji berbanding 18 peratus pada tahun sebelumnya.



"Sekali lagi, ia berlaku disebabkan keadaan ekonomi yang lemah yang menjejas prospek perkembangan kerjaya dan kenaikan pangkat,'' ujar WDA.



Ketua Eksekutif WDA, Encik Ng Cher Pong, berkata WDA komited dalam meningkatkan usaha membantu tenaga kerja setempat menyesuaikan diri dangan keperluan dalam tenaga buruh yang berubah dan berkembang dalam pekerjaan mereka.



"Kami akan terus bekerjasama dengan majikan bagi membangunkan keupayaan tenaga manusia dan mengukuhkan pekerja Singapura bagi memastikan pertumbuhan perniagaan yang berkekalan,'' tegasnya.




DAPATAN TINJAUAN AGENSI PEMBANGUNAN TENAGA KERJA SINGAPURA (WDA)



  • 91 peratus firma berkata latihan WSQ mempunyai kesan positif terhadap penggunaan kemahiran pekerja

  • 88.2 peratus pekerja yang menjalani latihan berminat mengambil latihan WSQ yang lain

  • 8 peratus dapat naik pangkat selepas menjalani latihan WSQ

  • 11 peratus dapat kenaikan gaji selepas menjalani latihan WSQ

  • 30.5 peratus firma lihat kesan positif terhadap penjualan dan keuntungan firma

  • 54.6 peratus firma lihat kesan positif terhadap daya penghasilan kerja




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >