Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Yahoo akan jadi 'Altaba' lepas syarikat dijual

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Yahoo akan jadi 'Altaba' lepas syarikat dijual

Jan 10, 2017 | 11:29 AM



SAN FRANCISCO: Nama Yahoo akan diubah kepada Altaba Inc selepas syarikat itu dijual sebanyak AS$4.8 bilion kepada Verizon, dan ia memulakan hala tuju baru sebagai sebuah syarikat pelaburan.



Ia juga berkata ketua eksekutifnya, Cik Marissa Mayer, akan berhenti daripada lembaga pengarah syarikat itu walaupun sebelum ini beliau berkata mahu kekal selepas pengambilalihan tersebut.



Yahoo menjual perniagaan operasi utamanya sebagai satu cara memisahkan syarikat itu daripada pegangannya yang lebih berharga dalam gergasi Internet China, Alibaba.



Dengan perubahan nama dan pengecilan lembaga pengarahnya kepada lima orang, Yahoo berkata dalam satu kenyataan pada Isnin (9 Jan) ia sedang melihat ke depan, ke bab seterusnya, dengan kaitan yang kurang dengan jenama ikoniknya itu.



Perjanjian itu dicapai setelah Cik Mayer gagal dalam percubaan memulihkan syarikat tersebut selepas menyertainya pada 2012.



Yahoo bersetuju menjual aset webnya kepada Verizon, walaupun persoalan timbul selepas ia mendedahkan dua kejadian penggodaman berasingan melibatkan data penggunanya.



Selepas pendedahan mengenai penggodaman kedua akaun pengguna Yahoo, Verizon cuba mendapatkan harga lebih rendah atau membatalkan perjanjian pembelian itu, lapor Bloomberg. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >