SINGAPURA perlu lebih aktif berurusan dan berdagang dengan Timur Tengah dalam bidang kewangan Islam bagi mengukuhkan statusnya sebagai hab ideal bagi kegiatan pembiayaan rentas sempadan di Asia Tenggara.
Ini memandangkan trend kerjasama perniagaan dan dagangan di antara Singapura dengan Timur Tengah lebih tertumpu kepada industri pembangunan prasarana, perkongsian kepakaran seperti pengurusan serta gas dan minyak.