MASYARAKAT Melayu setempat berada di landasan yang sejajar dengan usaha seluruh Singapura yang sedang bergerak bagi mencapai visi Negara Bijak, kata Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad.
Namun, Encik Zaqy, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Perhubungan dan Penerangan, berkata mereka harus terus digalak menggunakan teknologi dengan lebih meluas untuk meraih manfaat lebih besar dan mempertingkat kehidupan serta daya penghasilan mereka.