Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bank digital sedia hadapi cabaran untuk terus berkembang

Dec 18, 2023 | 03:32 PM



Bank digital Singapura kini bersiap sedia bagi pertumbuhan selanjutnya pada 2024.

Ini walaupun ia kini berada di tengah-tengah pelbagai cabaran disebabkan ekonomi perlahan dan kadar faedah tinggi yang menjejas permintaan pinjaman dan membawa persaingan sengit bagi deposit.

Bank digital sudah pun mencapai kemajuan sejak melancarkan khidmat masing-masing pada separuh kedua 2022, dengan Bank Trust, Bank GXS dan MariBank memenuhi keperluan pelanggan individu.

MariBank, Bank Anext dan Bank Green Link Digital kini memberi perkhidmatan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (MSME).

Bank Trust dan Bank GXS pula belum lagi melancarkan khidmat sedemikian walaupun lesen mereka membenarkannya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Trust, Encik Dwaipayan Sadhu, berkata persekitaran ekonomi makro dijangka menjadi lebih mencabar dalam tempoh 12 bulan akan datang, lapor The Straits Times (ST).


Bagaimanapun, katanya, bank itu berada dalam kedudukan baik disebabkan tahap pendekatan pelanggan yang tinggi dan pilihan produk meluas, merangkumi simpanan, pinjaman, kad dan insurans.

Disokong oleh bank Standard Chartered dan Kumpulan FairPrice, Bank Trust yang merupakan pemberi pinjaman, memiliki lesen bank penuh dengan sekatan berkurangan berbanding bank digital lain.

Ia menerima deposit melebihi $1 bilion pada Mei dan menyasar menjadi bank keempat terbesar Singapura berdasarkan bilangan pelanggan menjelang akhir 2024.

Rakan Kongsi dan Ketua Perkhidmatan Kewangan di KPMG di Singapura, Encik Anton Ruddenklau, berkata bank digital kini berjaya memikat hati pelanggan dengan menawarkan pelbagai produk yang memberi ganjaran kepada mereka kerana berbelanja.

Selain itu, produk yang ditawarkan juga sesuai dengan gaya hidup pelanggan, tambahnya.

Bank-bank baru itu menikmati pertumbuhan ketika pelanggan kini semakin memilih dalam urusan perbankan dalam talian, walaupun menghadapi siri gangguan perkhidmatan di bank DBS yang sudah lama bertapak dan peningkatan kes penipuan yang memangsakan pelanggan bank.

Pelbagai kes penipuan baru-baru ini telah membuat bank tradisional membenarkan pelanggan mengunci simpanan mereka. Setelah dikunci, wang tidak boleh dipindahkan secara digital, tetapi hanya boleh dikeluarkan secara peribadi di mesin tunai automatik (ATM) atau di cawangan. 

Bank digital menyatakan ia telah membina prasarana sejak beberapa tahun lalu dan oleh itu, tidak dibebani teknologi lama yang boleh menghalang pemulihan perkhidmatan kritikal.

Di samping itu, bank digital juga telah mengambil langkah perlindungan daripada penipuan kewangan, termasuk langkah yang diambil bank tradisional seperti pengesanan sofwe hasad dan pengesahan berbilang faktor.

Singapura dijangka mempunyai 1.7 juta pengguna bank digital menjelang akhir 2024 – naik 66 peratus berbanding Oktober 2023, menurut ramalan oleh kumpulan teknologi kewangan antarabangsa UnaFinancial.

Pada 2020, sebelum bank digital dilancarkan, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan lebih 98 peratus penduduk dewasa di sini mempunyai akaun bank.

Ketika ditanya sama ada perkembangan baru-baru ini melibatkan bank yang sudah lama bertapak akan menyebabkan pelanggan ingin kembali kepada khidmat fizikal di cawangan, Encik Ruddenklau menjelaskan pelanggan kini mahukan kemudahan dan khidmat yang dipadankan untuk mereka.

“Mereka membuat urusan perbankan untuk set perkhidmatan lebih meluas yang anda boleh perolehi secara digital. Saya tidak fikir kita akan kembali kepada (permintaan bagi) lebih banyak cawangan,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >