Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bank Dunia ramal pertumbuhan dunia lebih perlahan pada 2024

Jan 10, 2024 | 03:04 PM



Bank Dunia memberi amaran pada 9 Januari bahawa pertumbuhan sedunia pada 2024 dijangka lebih perlahan buat tiga tahun berturut-turut.

Ini akan memburukkan lagi masalah kemiskinan dan kadar hutang yang membebankan di banyak negara membangun.

Setelah dilanda pandemik Covid-19, perang di Ukraine dan seterusnya inflasi serta kadar faedah yang melonjak di seluruh dunia, separuh pertama 2020-an kelihatan bakal menunjukkan prestasi setengah dekad terburuk dalam tempoh 30 tahun lalu, tambahnya.

Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) sedunia dijangka naik 2.4 peratus pada 2024, ramal Bank Dunia dalam satu laporan Prospek Ekonomi Sejagat terbarunya.

Ini berbanding GDP sedunia yang naik 2.6 peratus pada 2023, 3 peratus pada 2022 dan 6.2 peratus pada 2021, dengan ekonomi yang rancak semula sejak pandemik berakhir, lapor The Straits Times (ST).


Ini menjadikan pertumbuhan lebih lemah dalam tempoh 2020 hingga 2024, berbanding tahun-tahun semasa krisis kewangan sedunia antara 2008 dengan 2009, krisis kewangan Asia pada akhir 1990, dan kelembapan ekonomi pada awal 2000, kata timbalan ketua pakar ekonomi Bank Dunia, Encik Ayhan Kose kepada wartawan.

Tidak termasuk penguncupan ekonomi semasa pandemik 2020, pertumbuhan pada 2024 dijangka paling lemah sejak krisis kewangan sedunia pada 2009, menurut Bank Dunia lagi.

Ia meramalkan pertumbuhan sedunia 2025 lebih tinggi sedikit pada 2.7 peratus, tetapi lebih rendah daripada unjuran 3.0 peratus yang dibuat pada Jun 2023, disebabkan jangkaan kelembapan ekonomi di negara maju.

Matlamat Bank Dunia untuk membasmi masalah kemiskinan tegar menjelang 2030 kini besar kemungkinan tidak dapat dicapai, disebabkan kegiatan ekonomi yang tersekat akibat konflik geopolitik.

Jika langkah pembetulan tidak diambil, “tahun 2020-an akan menjadi peluang dalam masa sedekad yang disia-siakan,” kata ketua pakar ekonomi Kumpulan Bank Dunia, Encik Indermit Gill dalam satu kenyataan.

“Pertumbuhan jangka terdekat akan kekal lemah, menyebabkan banyak negara membangun, terutama negara termiskin, terjerat dalam perangkap, dengan kadar hutang yang melumpuhkan dan akses amat berkurangan kepada makanan untuk hampir satu daripada setiap tiga orang,” jelasnya.

China juga menjejas prospek sedunia dengan ekonominya dijangka bertumbuh lebih perlahan kepada 4.5 peratus pada 2024.

Pasaran pesat membangun dan ekonomi sedang membangun sebagai satu kumpulan diramal berkembang 3.9 peratus pada 2024, turun daripada 4.0 peratus pada 2023.

Kadar pertumbuhan itu belum cukup rancak untuk mengeluarkan penduduknya yang kian meningkat daripada kancah kemiskinan.

Menurut Bank Dunia, menjelang akhir 2024, satu dalam setiap empat penduduk negara membangun dan 40 peratus daripada negara berpendapatan rendah akan menjadi lebih miskin berbanding keadaan mereka pada 2019 sebelum pandemik.

Bank Dunia berkata satu cara untuk meningkatkan pertumbuhan, terutama dalam pasaran pesat membangun dan negara membangun, adalah dengan mempercepatkan pelaburan tahunan bernilai AS$2.4 trilion ($3.19 trilion) yang diperlukan untuk beralih kepada tenaga bersih dan membuat penyesuaian kepada perubahan iklim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >