Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Bekas pengurus bank Switzerland bantu orang kaya Amerika sembunyi aset di S’pura

Dec 22, 2023 | 04:41 PM



NEW YORK: Seorang bekas eksekutif di syarikat perkhidmatan kewangan Switzerland mengaku bersalah atas tuduhan membantu beberapa pembayar cukai kaya di Amerika Syarikat untuk menyembunyikan berjuta-juta dolar dalam akaun bank di luar pesisir.


Rolf Schnellmann adalah salah seorang daripada enam yang didakwa pada September 2021 kerana membantu seorang pengurus dana lindung nilai (hedge fund) yang tidak dinamakan, dan dua lagi pembayar cukai di Amerika menyembunyikan aset berjumlah AS$60 juta ($79.6 juta).

Dia mengaku pada 21 Disember bahawa dia menyertai satu komplot penipuan bayaran cukai, kata pendakwa raya Amerika, menurut The Straits Times (ST).


Dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga lima tahun atas kesalahan itu. Keputusan kesnya dijangka dikeluarkan pada Julai 2024.

Schnellman, 61 tahun, ialah bekas ketua Allied Finance Trust, satu unit Kumpulan Allied Finance, yang berpangkalan di Zurich di Liechenstein.

Pendakwa raya berkata dia dan beberapa rakannya yang bersubahat dalam kes itu, menipu Perkhidmatan Hasil Mahsul (IRS) Amerika, dengan menyembunyikan aset milik klien mereka dalam beberapa akaun bank yang tidak diisytihar di Privatbank IHAG di Zurich dari 2008 hingga 2014.

Amerika telah memperkenalkan satu program pengampunan cukai lebih sedekad lalu yang menggalak pembayar cukai mengisytihar aset yang disembunyikan tanpa didakwa.

Bagaimanapun, sebilangan kecil rakyat Amerika tidak memanfaatkan program itu, sebaliknya memindahkan wang daripada akaun di Switzerland ke tempat yang kurang diberi perhatian, termasuk Singapura dan Hong Kong.

Pendakwa raya berkata pengurus bank dalam kes itu menggunakan skim yang digelar “Singapore Solution”, yang mana dana dipindah melalui akaun di negara lain ke Switzerland dalam satu akaun baru yang dipegang oleh pengurus aset berpangkalan di Singapura. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >