Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Dagangan Singapura susut 11 bulan berturut-turut

Sep 18, 2023 | 05:22 PM



Eksport utama Singapura merosot dari tahun ke tahun bagi bulan ke-11 berturut-turut, dengan penghantaran menguncup di sembilan daripada 10 pasaran terbesar Singapura.

Permintaan luar dijangka terus lemah pada suku ketiga di tengah-tengah kemelesetan berterusan sektor elektronik sejagat, walaupun terdapat beberapa tanda bahawa perdagangan mungkin pulih menjelang akhir tahun, menurut pemerhati.

Menurut laporan The Straits Times, Eksport Bukan Minyak Dalam Negeri (Nodx) bagi Singapura menguncup 20.1 peratus pada Ogos, tahun ke tahun. Ini lebih buruk daripada ramalan kemerosotan 15.8 peratus oleh pakar ekonomi dalam tinjauan Reuters. Ini berlaku selepas semakan penguncupan 20.3 peratus pada Julai.


Berbanding bulan lalu dan selepas diselaraskan secara musiman, eksport pada Ogos jatuh 3.8 peratus, lebih tinggi daripada kejatuhan 3.5 peratus pada Julai, menurut perangkaan agensi perdagangan Enterprise Singapore.

Penghantaran elektronik terus menjejas eksport. Ia jatuh 21.1 peratus tahun ke tahun pada Ogos, selepas merosot 26.1 peratus pada Julai. Litar bersepadu atau semikonduktor, produk media cakera dan komputer peribadi memberi sumbangan terbanyak kepada penurunan dalam eksport.

Sementara itu, penghantaran bukan elektronik menguncup 19.9 peratus berbanding 18.5 peratus pada bulan sebelumnya. Kepingan bagi struktur kapal dan bot, farmaseutikal dan jentera mengalami kemerosotan penghantaran terbanyak.

Eksport kepingan struktur kapal dan bot serta farmaseutikal menguncup daripada kadar tinggi setahun lalu, dan penghantaran jentera khusus juga terus merosot di tengah-tengah permintaan lemah bagi peralatan berkaitan semikonduktor, kata Enterprise Singapore.

Penghantaran ke semua 10 pasaran teratas Singapura susut pada Ogos, kecuali Indonesia.

Nodx ke Amerika Syarikat mencatat kejatuhan paling teruk antara pelbagai pasaran. Penghantaran mengucup 32.4 peratus pada Ogos berbanding pengembangan 34.3 peratus pada Julai. Ini disebabkan penghantaran lebih rendah bagi kepingan struktur kapal dan bot, penyediaan makanan dan produk media cakera.

Penghantaran ke Kesatuan Eropah menjunam 28.9 peratus – lebih rendah daripada 38.6 peratus pada bulan sebelumnya. Ia disebabkan kemerosotan dalam penghantaran farmaseutikal, jentera khusus dan pelbagai barangan perkilangan.

Eksport ke China turun 16.4 peratus, juga didorong oleh farmaseutikal, jentera khusus dan semikonduktor.

Dagangan keseluruhan menguncup 15.2 peratus tahun ke tahun, masih terus turun daripada 20.9 peratus pada Julai.

Dagangan minyak Singapura merosot di tengah-tengah harga minyak lebih rendah berbanding setahun lalu. Eksport domestik minyak menyusut 24.7 peratus pada Ogos, berikutan penguncupan 37.4 peratus pada Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >