Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DBS jual 77.8% saham AXS kepada Tower Capital Asia

Jul 11, 2023 | 03:23 PM



DBS Bank telah bersetuju menjual bahagian 77.8 peratus saham penawar khidmat elektronik AXS yang dimilikinya kepada Tower Capital Asia, satu firma ekuiti privet berpangkalan di Singapura.

Bank itu akan mengekalkan bahagian kecil 9.9 peratus saham AXS, kata DBS Bank pada Selasa. Namun ia tidak mendedahkan harga penjualan bahagian saham itu.

Urus niaga tersebut dijangka selesai pada Ogos, lapor The Business Times (BT).


Ia tidak dijangkakan memberi kesan material terhadap pendapatan DBS atau aset bersihnya bagi tahun kewangan semasa berakhir pada 31 Disember 2023.

Digabungkan pada 2000, AXS adalah satu syarikat penawar khidmat bayaran yang mengendali rangkaian penghantaran khidmat elektronik (ESDN). Ia menjadi sebuah anak syarikat DBS pada 2006.

Lebih 660 stesen AXS di serata Singapura menawarkan akses kepada wadah ESDN itu, dengan pelbagai khidmat yang ditawarkannya seperti pembayaran bil dan saman serta akses kepada perkhidmatan elektronik pemerintah.

DBS berkata Tower Capital Asia telah memaklumkan bahawa ia tidak mempunyai “rancangan serta-merta untuk melakukan sebarang perubahan material” terhadap operasi semasa AXS.

Secara berasingan, Tower Capital Asia mengumumkan bahawa mantan ketua eksekutif Nets Group, Encik Jeffrey Goh – pengasas bersama AXS – akan pulang ke syarikat itu selepas penjualan saham itu selesai.

Pemindahannya itu tertakluk pada kelulusan kawal selia.

“Ia benar-benar akan menjadi satu kepulangan manis bagi saya menyertai semula AXS, yang saya telah membantu menubuhkan, dan satu perniagaan yang saya mempunyai semangat mendalam terhadapnya,” kata Encik Goh.

Tower Capital Asia berkata ia berharap dapat menyokongi AXS dalam pelan perkembangannya termasuk meluaskan kehadirannya dalam ekosistem kaedah bayaran di rantau Asia Tenggara.

Firma ekuiti privet itu juga bermatlamat “mengubah AXS untuk menjadi sebuah penawar huraian bayaran berlandaskan teknologi awan (cloud)“ dengan berikrar membuat pelaburan dalam inovasi teknologi serta meluaskan khidmat AXS, sambil mengukuhkan operasi perniagaan semasa.

Saham DBS naik $0.05 atau 0.2 peratus hingga mencecah $30.96 pada pagi Selasa selepas berita itu dilaporkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >