DOLAR Amerika Syarikat susut semalam selepas bank pusat Amerika berkata mereka telah berjaya menangani inflasi, lantas memberi keyakinan kepada pasaran bahawa kempen kenaikan kadar faedahnya akan berakhir tidak lama lagi.
Pelabur menyambut baik kenyataan pengerusi Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika, Encik Jerome Powell, kelmarin bahawa proses pengurangan kadar inflasi telah bermula dalam ekonomi terbesar dunia itu.