Mulai 2024, satu struktur keahlian baru akan dilancarkan oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) untuk menyediakan sokongan lebih baik dan manfaat yang disasarkan bagi perniagaan Melayu/Islam.
Struktur keahlian baru itu, yang bertujuan memberikan pengalaman lebih baik bagi ahli DPPMS, akan menyaksikan ahli-ahli dikategorikan dalam tiga peringkat, iaitu Perak, Emas dan Platinum, berbanding tujuh peringkat buat masa ini.