EKSPORT utama Singapura jatuh buat tiga bulan berturut-turut pada Disember ekoran permintaan global yang kurang cergas, menurut perangkaan terkini Enterprise Singapore semalam.
Eksport domestik bukan minyak (Nodx) bagi bulan lalu merosot sebanyak 20.6 peratus daripada bes tinggi pada tempoh sama tahun sebelumnya.