Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma kewangan S’pura tambah belanja perangi jenayah, penuhi tuntutan peraturan tahun lalu: Kajian

Oct 12, 2023 | 03:34 PM



Institusi kewangan di Singapura membelanjakan AS$5.7 bilion ($7.8 bilion) pada tahun lalu untuk perangi jenayah dan memenuhi tuntutan peraturan kawal selia, menurut satu kajian baru pada Rabu.

Ia juga mendapati bahawa jumlah bil untuk sektor kewangan di seluruh dunia mencecah AS$206 bilion dalam tempoh 12 bulan hingga 30 Jun 2023.

Angka tersebut memaparkan peningkatan mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya. Firma kewangan di Singapura dianggarkan telah mengeluarkan belanja AS$3.8 bilion bagi kos pematuhan pada 2020, meningkat 22 peratus daripada AS$3.1 bilion pada 2019, menurut penyedia data dan analitik LexisNexis Risk Solutions.

Penapisan pematuhan bertujuan mengesan dan mencegah jenayah, melindungi reputasi sebuah institusi dan memenuhi peraturan. Ia biasanya melibatkan pengesahan identiti dan sumber dana pelanggan dan menilai potensi risiko.

Kajian terbaru meninjau lebih 1,000 pembuat keputusan global yang melibatkan strategi pematuhan jenayah kewangan di bank dan institusi lain.

Semua mengatakan bahawa mereka membelanjakan lebih banyak bagi pematuhan jenayah kewangan pada tahun lalu. Mereka di Eropah, Timur Tengah dan Afrika membelanjakan kos tertinggi sebanyak AS$85 bilion, manakala Latin Amerika membelanjakan kos paling rendah sebanyak AS$15 bilion.

Institusi kewangan di Amerika Utara dan Amerika Latin meletakkan kedudukan mengambil pelanggan baru sebagai cabaran nombor satu mereka. Mereka di Eropah, Timur Tengah dan Afrika mengalami kesukaran dengan soal profil risiko pelanggan, manakala mereka di Asia Pasifik mendapati melaporkan peraturan sebagai paling mencabar.

Banyak mendapati usaha mengenal pasti hubungan langsung dan tidak langsung antara entiti perniagaan dan menjalankan profi risiko bagi kededua syarikat dan pelanggan sebagai mencabar.

Mereka juga bergelut dengan peningkatan mendadak terhadap amaran jenayah di tengah-tengah pelbagai positif palsu.

Kajian itu menunjukkan bahawa rangkaian peraturan dan sekatan global yang semakin rumit, ditambah dengan pemeriksaan keselamatan ketat telah menjejas kepuasan pengalaman pelanggan.  

“Ini meletakkan banyak insititusi kewangan dalam kedudukan tidak menentu antara mengimbangi kepuasan pelanggan dan pematuhan peraturan. Ia menimbulkan halangan walaupun semasa melaksanakan transaksi rutin,” kata pengarah pematuhan jenayah kewangan dan bayaran bagi Asia Pasifik di LexisNexis Risk Solutions, Encik Ramanathan Sivabalan, kepada akhbar The Straits Times.

“This puts many financial institutions in the precarious position of balancing customer satisfaction and regulatory adherence. It creates hindrances even for performing routine transactions,” Mr Ramanathan Sivabalan, director of financial crime compliance and payments for Asia-Pacific at LexisNexis Risk Solutions, told The Straits Times.

He expects scrutiny to increase for higher-income customers, following a money laundering blitz in Singapore where more than $2.8 billion worth of assets have been seized or issued with prohibition of disposal orders.

“Consequently, one can say that his or her experience with the banker is not going to be as smooth as it was in the past,” added Mr Sivabalan.

Beliau menjangka penelitian terhadap pelanggan berpendapatan lebih tinggi akan meningkat, ekoran kes pengubahan wang haram di Singapura dengan lebih $2.8 bilion aset telah dirampas atau perintah melarang pelupusan dikeluarkan.

“Oleh itu, seseorang boleh mengatakan bahawa pengalamannya dengan seorang jurubank tidak selancar seperti masa lalu,” kata Encik Sivabalan.

Lebih separuh daripada responden kajian di serata dunia melaporkan lonjakan dalam jenayah yang dipermudahkan menerusi bayaran digital, mata wang kripto dan teknologi kecerdasan buatan. Serangan-serangan tersebut menggunakan teknik canggih untuk menyamar sebagai pengguna, pancing data atau memanipulasi transaksi.

“Trend ini menggariskan pentingnya menggunakan pendekatan pelbagai lapisan yang menggabungkan teknologi, kepakaran, kerjasama dan pematuhan bagi menangani aneka jenis jenayah baru dengan berjaya,” kata Encik Sivabalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >