SYARIKAT logistik menyaksikan kos penghantaran muatan melalui udara dan laut melambung sekurang-kurangnya 20 peratus hingga 10 kali ganda, ekoran bekalan terganggu dan pelbagai langkah keselamatan kerana pandemik Covid-19.
Menurut mereka yang ditinjau, langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh pemerintah seluruh dunia telah menyebabkan bermacam cabaran seperti masalah pekerja dan kekurangan kapal serta pesawat.