Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma S’pura kaji bina saluran paip gas hidrogen dari M’sia

Oct 24, 2023 | 05:15 PM



Satu kajian kebolehlaksanaan selama 12 bulan akan dijalankan oleh syarikat tenaga tempatan, City Energy, bersama syarikat Malaysia, Gentari Hydrogen Sdn Bhd, untuk membina saluran paip dari Malaysia ke Singapura bagi mengimport hidrogen ke negara ini.

Ini berikutan Perjanjian Kajian Kebolehlaksanaan Bersama yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) City Energy, Encik Perry Ong, dan CEO Gentari Hydrogen, Cik Michèle Azalbert, pada Selasa di Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands.

“Kajian kebolehlaksanaan bersama dengan Gentari ini menekankan komitmen kami menyediakan tenaga mampan kepada isi rumah dan perniagaan untuk generasi akan datang dan menyokong usaha Singapura mengurangkan pelepasan dan menangani perubahan iklim,” kata Encik Ong.

Susuli kajian tersebut, kedua-dua pihak akan secara kolektif menentukan haluan ke hadapan berhubung pelaksanaan perjanjian Reka Bentuk Kejuruteraan Bahagian Hadapan atau Front End Engineering Design (Feed).


Encik Ong berkata, jika saluran paip itu berjaya dibina, hidrogen yang diimport dijangka menggantikan sebahagian daripada permintaan hidrogen City Energy, lantas mewujudkan laluan baru untuk menyediakan tenaga kepada rumah, perniagaan dan industri.

“Ini adalah langkah penting dalam usaha kami mengurangkan pelepasan dan menangani perubahan iklim. Bersama, kita bukan hanya membina saluran paip hidrogen, malah kami sedang membina jambatan ke masa hadapan rendah karbon,” kata Encik Ong.

Pada Oktober 2022, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah melancarkan Strategi Hidrogen Nasional Singapura, yang bertujuan mewujudkan ekosistem hidrogen yang boleh menyokong pelbagai aplikasi, termasuk penjanaan kuasa dan pengangkutan.

Strategi itu juga akan menyediakan peta jalan bagaimana hidrogen boleh menyokong usaha penyahkarbonan Singapura, dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh negara untuk mempersiap masa depan hidrogen.

Hidrogen merupakan kunci bagi Singapura mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050.

Pada April 2023, City Energy, pengeluar dan pembekal tunggal gas bandar paip Singapura dan anak syarikat milik penuh Keppel Infrastructure Trust, telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bersama Gentari, syarikat penyedia penyelesaian tenaga bersih Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh Petronas.

Cik Azalbert mengalu-alukan kerjasama itu sebagai langkah strategik untuk Gentari mempercepat penggunaan hidrogen bersih sebagai sumber tenaga yang berdaya maju untuk pelanggan di Asia Pasifik dan lebih jauh.

“Selaras matlamat kami menghasilkan sehingga 1.2 juta tan hidrogen bersih setahun, Gentari berbesar hati menyumbang ke arah mempercepat pembangunan hidrogen bersih melalui infrastruktur rentas sempadan, menyokong sasaran Malaysia dan Singapura mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050,” kata Cik Azalbert.

Kerjasama antara City Energy dengan Gentari ini membina atas kerjasama sedia ada dan lama antara Malaysia dengan Singapura.

Sejak 1991, Singapura mengimport gas asli dari Malaysia melalui saluran paip gas sepanjang 2,623 kilometer, yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat saudara Gentari, Petronas Gas Berhad.

“Dengan bergabung tenaga bersama Gentari, kami berharap dapat menyumbang kepada masa depan tenaga karbon yang lebih rendah untuk kedua-dua Singapura dan Malaysia.

“Komitmen Gentari terhadap perubahan iklim sejajar dengan cita-cita kami menyediakan tenaga yang baik yang mampan untuk masyarakat dan alam sekitar kita,” kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >