Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Foodpanda cebur niaga baru, kirim barangan ditempah dalam talian

Apr 29, 2024 | 06:00 PM



Syarikat penghantaran makanan foodpanda telah menceburi perniagaan baru iaitu kiriman barangan harian yang dipesan dalam talian.

Ia turut melancarkan satu kempen baru untuk memasarkan produk jenama sendiri foodpanda yang digelar Bright pada 29 April.

Syarikat wadah penghantaran itu kini menggiatkan usaha dalam perniagaan “dagangan pantas” yang menekankan penghantaran cepat, biasanya dalam masa kurang sejam.

Usaha tersebut dilakukan ketika persaingan dalam e-dagang semakin sengit di sini, lapor The Business Times (BT).


Pelaburan foodpanda dalam jenama sendiri juga menyusuli khidmat penghantaran barangan keperluan harian yang sudah tersedia di wadah foodpanda, hasil kerjasama dengan syarikat peruncitan DFI.

Syarikat Grab, wadah penghantaran makanan dan pesaing foodpanda, juga menawarkan khidmat serupa, yang mengirim pelbagai barangan harian, makanan bungkus dan produk keperluan rumah jenama terkenal, dalam masa dua jam.

Ini lebih lama sedikit berbanding khidmat kedai pandamart, yang menawarkan penghantaran dalam masa setengah jam.

Pengarah perdagangan pantas foodpanda Singapura, Encik Kevin Zagolin, memaklumkan bahawa rangkaian produk berjenama Bright syarikat itu harus memenuhi dua kriteria utama, iaitu, harga yang dimampui dan jumlah (barangan yang boleh dijual).

Barangan syarikat itu disimpan di hab inventori (dark store) foodpanda untuk diambil dan dihantar oleh penunggang foodpanda.


Pesaing lain dalam niaga perdagangan pantas mengambil pendekatan mencari pasar raya tertentu sebagai rakan kongsi, dan tidak memiliki sebuah hab inventori.

Syarikat Grab, misalnya, telah menutup hab inventorinya di Singapura, Vietnam dan Filipina pada 2022.

Data daripada pasukan operasi dan komersial foodpanda, berserta pengetahuan mendalam daripada industri, membantu foodpanda menentukan produk mana yang boleh dilancarkan di bawah jenama Bright.

Antara lain, produknya harus mempunyai kaitan dengan masyarakat tempatan dan mudah diperoleh.

Untuk menguji permintaan, foodpanda telah memasarkan sebilangan produknya dalam beberapa percubaan sejak 2021.

Hasil ujian tersebut, produk Bright seperti durian kini disediakan sepanjang tahun untuk pasaran Singapura.

Produk terlaris syarikat itu, seperti buah kelapa yang dikupas kulitnya sebelum dijual, kini mula muncul dalam pasaran.

Foodpanda menyatakan bahawa pelanggan yang membeli barangan jenama Bright boleh menjimat wang sehingga 25 peratus berbanding membeli barangan jenama terkenal.

Garis masa untuk melancarkan produk baru adalah sesingkat tiga bulan bagi sebilangan produk makanan.

Jumlah yang dapat dijual bagi sesuatu produk menjadi faktor penting untuk menjayakan perniagaan tersebut.

Foodpanda telah menghentikan penjualan sebilangan produk Bright yang tidak memenuhi jumlah jualan yang diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >