Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

GIC kecilkan unit kuantitatif utama, jalani penyusunan semula dalaman

Jul 28, 2023 | 02:33 PM



Dana pelaburan milik negara GIC telah mengurangkan unit kuantitatif utama yang ditubuhkan pada 2016 di bawah bekas banker Kumpulan Goldman Sachs, Cik Percy Wong,

Ini selepas GIC menjalankan penyusunan semula dalaman bagi strategi dan pasukan pelaburannya.

Kumpulan Pelaburan Sistematik (SIG), yang mempunyai sekitar 30 kakitangan pada awal tahun ini, telah disusun semula dengan beberapa anggota pasukan ditugaskan di unit berbeza, manakala yang lain menyertai firma kuantitatif luar, menurut sumber yang rapat dengan hal itu.

Cik Wong, yang menyertai GIC pada 2012, juga bersedia meninggalkan syarikat, menurut sumber yang minta tidak dikenal pasti, menurut laporan The Business Times.


“Segolongan besar anggota pasukan yang sedia ada akan kekal berada di GIC dan terus menyepadukan kemahiran kuantitatif mereka pada perniagaan,” kata jurucakap GIC dalam satu kenyataan. “Kami jangka kurang daripada 10 anggota akan tinggalkan syarikat.” 

SIG telah menunjukkan prestasi rendah berbanding rakan sejawatan lain di GIC, kata sumber itu, tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut.

Sementara beberapa dana kuantitatif yang terkenal di dunia berupaya memberikan prestasi cemerlang semasa tempoh 2022 yang mencabar, industri ini berdepan dengan tempoh lebih sukar pada 2023 biarpun saham global meningkat.

Pada minggu ini, GIC melaporkan pulangan tahunan lima tahun yang paling buruk sejak 2016, sambil menukil sebab ekonomi lembap global akibat pencerobohan Russia di Ukraine dan inflasi yang kian meningkat.

“Usaha untuk sentiasa menilai setiap pasukan adalah sejajar dengan arah tuju syarikat ini,” kata ketua pegawai eksekutif, Encik Lim Chow Kiat, dalam satu wawancara minggu ini.

GIC mempunyai pelbagai kerjasama dengan pengurus luar kerana mereka cekap dalam beberapa bidang, tambah beliau.

“Jika jangkaan kami ialah pulangan bersih daripada yuran adalah tinggi, sudah pasti kami bekerjasama dengan pengurus luar daripada membina pasukan sendiri.”

Dana lindung nilai kuantiti menggunakan penyelidikan terperinci serta pemodelan statistik untuk menjana pelbagai data sebagai rujukan pelaburan. Firma yang menggunakan strategi ini telah menghasilkan ratusan bilion dolar di dunia walaupun beberapa pengkritik mendakwa manfaatnya keterlaluan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >