Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jambatan Baltimore: Pemilik, pengurus kapal Dali fail petisyen hadkan pampasan

Apr 02, 2024 | 04:16 PM



Pemilik dan pengurus kapal kontena Dali yang berdaftar di Singapura telah memfailkan satu petisyen di Amerika Syarikat, yang bertujuan membebaskan syarikat tersebut daripada liabiliti, atau mengehadkan pampasan yang mungkin perlu dibayar, menyusuli keruntuhan jambatan Baltimore selepas kapal itu merempuhnya.

Menurut satu permohonan mahkamah oleh Grace Ocean dan Synergy Marine, masing-masing selaku pemilik dan pengurus Dali, yang diserahkan pada 1 April kepada Mahkamah Daerah di Maryland, insiden pelanggaran itu bukan disebabkan sebarang kesalahan, pengabaian atau kurang perhatian di pihak kedua-dua syarikat itu, kapal tersebut atau individu atau entiti yang tindakannya mungkin berada di bawah tanggungjawab kedua-dua syarikat itu.

Namun, sekiranya mereka perlu bertanggungjawab, syarikat tersebut meminta agar Akta Had Liabiliti digunakan untuk mengehadkan pampasan kepada sekitar AS$43.6 juta ($59 juta), lapor The Business Times (BT).


Jumlah tersebut adalah baki nilai kapal dan muatan kapal Dali selepas mengambil kira kos pembaikan dan penyelamatan kapal itu.

Grace Ocean dan Synergy Marine turut meminta agar kesemua tuntutan liabiliti terhadapnya bagi insiden tersebut, disatukan.

Dalam insiden itu, kapal Dali melanggar jambatan Francis Scott Key di bandar Baltimore di Maryland hingga ia runtuh pada 26 Mac, menyebabkan dua mangsa terkorban dan empat lagi pekerja dianggap mati.

Insiden tersebut mungkin melibatkan pampasan yang mencecah berbilion dolar, memandangkan tahap kerosakan pada prasarana jambatan tersebut dan kawasan sekitarnya, serta kehilangan nyawa, menurut pakar sebelum ini.

Namun, pemilik dan pengurus kapal Dali mengharapkan satu undang-undang khusus yang boleh mengurangkan liabiliti mereka.

Akta Had Liabiliti 1851 adalah undang-undang setara di Amerika yang membataskan liabiliti.

Undang-undang sedemikian sudah pun wujud di kebanyakan negara maritim, termasuk Singapura, di mana undang-undang had liabiliti adalah berdasarkan satu konvensyen antarabangsa 1976, menurut Profesor Martin Davies dari Sekolah Undang-undang Universiti Tulane.

Akta tersebut membenarkan pemilik kapal membuat petisyen untuk mengehadkan liabilitinya kepada nilai kapal pada akhir pelayaran berkenaan, kata ahli akademik undang-undang maritim itu.

“Pemilik kapal akan hilang hak mengehadkan liabiliti jika ia sendiri didapati bersalah. Jika ternyata insiden ini disebabkan keadaan kapal yang membuatnya tidak sesuai digunakan di laut, pemilik kapal mungkin hilang hak mengehadkan liabiliti di bawah undang-undang, kerana beliau bertanggungjawab pastikan kapalnya sentiasa sesuai digunakan di laut,” tambah Profesor Davies.

Sekiranya pemilik kapal kehilangan hak mengehadkan pampasannya, liabilitinya masih terhad kepada tuntutan bagi mangsa terkorban dan kecederaan peribadi, di samping kos menggantikan jambatan tersebut, tetapi ia tidak bertanggungjawab bagi kesan ekonomi lain, katanya.

Penyewa kapal tersebut tidak menanggung liabiliti kerana ia adalah pengendali komersial dan oleh itu tidak bertanggungjawab bagi hal-hal pengemudian kapal.

Kapal Dali meninggalkan Baltimore untuk menuju ke Colombo, Sri Lanka, dengan destinasi akhir di Yantian, China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >